Penduduk mahu isu jalan berlumpur selesai segera

Iklan
Keadaan jalan di hadapan SK Pelindung dan jalan berlumpur yang tular di Facebook hari ini. (Gambar kecil, Andansura Rabu)

KUANTAN - Jalan kotor dan berlumpur di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelindung setiap kali hujan lebat dipercayai berlaku daripada aktiviti penerokaan bukit di kawasan taman perumahan itu.

Keadaan itu dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan masih tiada jalan penyelesaiannya berhubung.

Penduduk di kawasan itu, Tahar Abdul Rahman, 53, berkata, masalah jalan berlumpur setiap kali berlakunya hujan lebat sudah biasa dilalui ibu bapa dan guru di sekolah terbabit.

Iklan
Iklan

"Perkara ini bukan baru tapi dah lama, malah beberapa kali perkara ini disiarkan dalam Sinar Harian tetapi ia tetap berulang.

"Di kawasan ini bukan setakat jalan berlumpur tetapi banjir kilat juga berlaku setiap kali hujan lebat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di hadapan SK Pelindung hari ini.

Iklan

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia mahu masalah terbabit dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini pada masa akan datang.

Jalan berlumpur yang tular di Facebook hari ini.

Seorang lagi penduduk, Ismail Abu, 65, berkata, setiap kali hujan, jalan di hadapan sekolah berkenaan akan dipenuhi lumpur.

Iklan

"Masalah ini dah lama berlarutan, jadi kami dah lali,” katanya.

Terdahulu tular gambar di laman Facebook Kampung Beserah mengenai jalan berlumpur di hadapan sekolah terbabit selain peringatan kepada ibu bapa dan murid-murid agar berhati-hati kerana jalan licin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, pihaknya sudah menghubungi pemimpin di kawasan itu untuk mengumpulkan semua agensi berkaitan seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pejabat Tanah dan Daerah untuk mengaturkan pertemuan dengan pemaju.

"Kita akui ini bukan masalah baharu tetapi sudah berlarutan sejak sekian lama, justeru langkah yang terbaik dengan mengadakan perbincangan dengan penduduk.

"Sebolehnya semua pihak yang terlibat duduk berbincang secara bersama agar langkah pemulihan dapat dilakukan dan masalah ini tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau menjangkakan sesi pertemuan itu akan diadakan pada minggu hadapan.