Murid, guru cemas raksa tumpah

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan akibat tumpahan raksa di kelas sebuah sekolah di sini tengah hari tadi.

KUALA SELANGOR - Seramai 15 murid dan seorang guru sebuah kelas di Sekolah Jenis kebangsaan (SJKC) Khai Tee, Pasir Penambang di sini cemas seketika selepas berlaku tumpahan raksa daripada satu termometer suhu yang pecah tengah hari tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika kesemua mereka melakukan sesi uji kaji di dalam kelas berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah hari.

Menurutnya, pegawai dan lapan anggota diketuai Muhd Ali Samad bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan

"Bomba meminta guru dan murid mengosongkan kelas. Kemudian proses menyahcemar dilaksanakan bagi memastikan semua mangsa bebas daripada pencemaran raksa," katanya.

Bomba mengambil masa kira-kira dua minit membersihkan sisa tumpahan terbabit.

Iklan

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku," katanya.