Wajah baharu bas sekolah percuma DBKL

Iklan
Tampalan grafik baharu pada badan bas sekolah mula dilaksanakan secara berperingkat.

KUALA LUMPUR - Bas yang digunakan bagi program Bantuan Bas Sekolah Percuma oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal berwajah baharu bermula 1 September ini.

Sumber dari Unit Media DBKL berkata, padanan grafik yang ceria dan moden itu diharap dapat memberikan semangat kepada murid sekolah untuk menuntut ilmu.

Iklan
Iklan
Tampalan grafik baharu pada badan bas sekolah mula dilaksanakan secara berperingkat.
Iklan

Menurutnya, perkhidmatan bas percuma bagi golongan kurang kemampuan itu mula dilaksanakan oleh DBKL pada 14 Ogos 2016 dan kini memasuki tahun ketiga.

"Ia melibatkan murid sekolah yang tinggal di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) DBKL meliputi 60 kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Iklan

"Program ini selaras dengan langkah murni kerajaan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang berpendapatan rendah yang menetap di PA/PPR DBKL," katanya.