PJ City FC lebur rekod tanpa kalah JDT

Iklan
Pemain JDT Muhammad Safawi Rasid (kiri) jatuh akibat diasak keras oleh pemain Petaling Jaya City FC Elizeu Araujo De Melo Batista (kanan) pada perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin malam ini. -Foto Bernama

KELAB Petaling Jaya City FC berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Liga Super 2019 itu pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Kekalahan itu meranapkan impian JDT untuk mengulangi pencapaian pada musim 2016 yang menyaksikan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan, sekaligus bergelar juara Liga Super buat kali berturut-turut.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, kali terakhir JDT tewas di laman sendiri adalah pada pusingan ketiga Piala FA pada 17 April lepas dengan keputusan 0-1 kepada PKNS FC.

Pada aksi malam ini, penyerang import dari Brazil, Washington Brandao dos Santos muncul wira PJ City FC apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi rembatan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-63.

Iklan

Dalam satu lagi aksi Liga Super, Melaka gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat 1-1 dengan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan terlebih dahulu meletakkan Melaka di hadapan pada minit ke-54, sebelum Kpah Sean Sherman menyamakan kedudukan untuk PKNS FC pada minit ke-80.

Iklan

Untuk rekod, kedua-dua perlawanan berkenaan ditunda sebelum ini setelah sebahagian besar pemain JDT dan PKNS FC dilaporkan dijangkiti virus Influenza B. -Bernama