Sukar gubal undang-undang kesaksamaan gender

Iklan
Dr Shamrahayu -Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berpendapat bagi menggubal undang-undang kesaksamaan gender adalah dalam soal mencari di mana titik temu budaya, agama dan tuntutan global ke atas negara.

Undang-undang merupakan salah satu mekanisme untuk menghalang diskriminasi dan mengangkat martabat wanita sebagai pemimpin. Kalau ada undang-undang tetapi soal pelaksanaannya itu perlu menjadi keutamaan kerana dalam beberapa situasi wanita hanya diam sahaja.

Iklan
Iklan

Hanya segelintir sahaja ke depan menyuarakan diskriminasi terhadap mereka. Saya lebih cenderung kepada pembentukan diri atau kefahaman tentang perbezaan jantina. Perbezaan jantina memerlukan penghayatan dan kesedaran dalaman. Sebab undang-undang itu adalah faktor kedua.

Pembentukan kefahaman sendiri tentang kebaikan wanita dalam sesebuah institusi atau organisasi. Bila kita melihat kepada prinsip diskriminasi seperti turun pangkat memang itu suatu perkara yang salah di sisi undang-undang.

Iklan
Iklan

Saya fikir apa yang perlu dilakukan wanita itu sendiri adalah pendidikan tidak boleh dipisahkan. Pendidikan undang-undang itu perlu tetapi pendidikan jati diri perlu diperkasakan. Tidak perlu terlalu bergantung kepada undang-undang kerana ada kalanya ia tidak boleh selesaikan masalah," katanya.