Menteri Perancis letak jawatan gara-gara makan malam mewah

Iklan
Francois de Rugy meletak jawatan gara-gara skandal makan malam mewah.

PARIS - Seorang menteri kabinet Perancis meletak jawatan semalam susulan laporan menuduhnya mengadakan jamuan makan malam mewah menggunakan wang rakyat dan menyalahgunakan perumahan awam.

Francois de Rugy, yang dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar pada September 2018 mengumumkan peletakan jawatannya seminggu selepas pendedahan yang dibuat oleh laman web Mediapart.

Iklan
Iklan

"Serangan media yang menyasarkan keluarga saya memaksa saya berundur," kata de Rugy yang juga merupakan menteri kanan kedua dalam kerajaan selepas Perdana Menteri Edouard Philippe.

De Rugy menjadi perhatian setelah Mediapart mengeluarkan gambar beliau bersama isteri menikmati jamuan makan malam mewah dengan hidangan udang galah dan champagne ketika menjadi Speaker Parlimen pada tahun 2017 dan 2018.

Iklan

Laporan Mediapart mendakwa makan malam terbabit yang dibayar dengan wang pembayar cukai merupakan acara sosial sementara de Rugy mengatakan ia merupakan sebahagian tugasnya mewakili Himpunan Kebangsaan.

Beliau turut didakwa menyalahgunakan sebuah apartmen berhampiran kampung halamannya di Nantes, barat Perancis yang dikhaskan untuk pekerja bergaji rendah selain mengubahsuai kediaman rasminya.

Iklan

De Rugy telah memfailkan aduan undang-undang terhadap Mediapart berhubung laporan yang disifatkannya berunsur fitnah. - AFP