'Amalan demokrasi kerajaan PH lebih baik'

Iklan

SHAH ALAM – Cadangan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan kesemua ahli parlimen menggambarkan kerajaan hari ini berjaya dari segi konsultansi dan meyakinkan pembangkang.

Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail berkata, ia sekali gus membuktikan salah satu janji manifesto Buku Harapan dengan memperkasa sistem demokrasi dan pilihan raya terlaksana.

Iklan
Iklan

"Kredit harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta pasukan yang bertungkus-lumus membuat konsultansi dengan kerajaan dan pembangkang.

"Untuk kali ini kita melihat suasana demokrasi dan perjalanan ‘jual beli’ pindaan RUU seperti di Parlimen Westminster, London. Ahli parlimen dapat duduk berbincang bersama.

Iklan

"Penghargaan tahniah dan kredit juga perlu diberi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang berjaya membawa RUU Profesion Guaman Syarie (WP) untuk diluluskan demi mengangkat martabat peguam syariah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, kunci pindaan RUU adalah konsultansi dan penerangan yang jelas.

Iklan

"Pindaan dibuat demi kebaikan bersama dengan meletakan asas ‘collective agreement’. Tahniah juga kepada wakil ahli parlimen pembangkang yang bersikap matang.

"Selepas ini, Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) khususnya perlu merencana strategi survival untuk memastikan golongan muda seawal usia 18 tahun untuk memilih kerajaan yang baik.

"Pemahaman di peringkat akar umbi perlu dijalankan segera. Padang telah sama rata,” katanya.