KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia berbincang dengan China dalam ‘perundingan mesra’ membabitkan pampasan ke atas projek saluran paip gas yang dibatalkan, yang dilaksanakan oleh China Petroleum Pipeline Engineering (CPP), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dilaporkan bahawa Malaysia merampas lebih RM1 bilion daripada akaun bank CPP milik kerajaan negara itu, membabitkan projek saluran paip yang tidak lengkap sepanjang 600 km di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan 662 km di Sabah.