Pegawai JPJ maut motosikal ditunggang terbabas

Iklan
Facebook rasmi JPJ berkongsi perkhabaran sedih itu beberapa jam selepas kejadian.

PETALING JAYA - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh - Kepong berhampiran Decathlon Sri Damansara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian jam 7.03 malam itu, mangsa, Mohd Jamil Iskandar Jaafar, 35, yang menunggang motosikal Lagenda 110Z dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Iklan
Iklan

"Mangsa terbabas sewaktu melalui jalan tiga lorong itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.