Lima lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati

Iklan

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi Seremban hari ini melepas dan membebaskan lima lelaki termasuk seorang pegawai polis daripada hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu terhadap S Selva Kumar diwakili peguam, Datuk Michael K L Chee; N Sureshkannah dan N Thanabalan diwakili M Haresh manakala R Veeramuthu serta N Rajasakanan diwakili Paul Seladurai.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat Muhammad Jamil setelah meneliti semua keterangan yang diberi pihak pendakwaan dan pertimbangkan hujahan bertulis serta lisan daripada peguambela tertuduh serta kes autoriti yang dirujuk.

"Setelah dibuat penilaian maksimum saya dapati tiada keterangan yang boleh mengaitkan tertuduh dua hingga lima mereka dengan kesalahan yang dituduh.

Iklan

"Pihak pendakwa gagal buktikan niat bersama kesemua tertuduh dan dengan ini tertuduh dua hingga lima dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.

Beliau berkata, pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan kes prima facie bagi tertuduh pertama, Selva Kumar.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Proses perbicaraan bagi kes terbabit berlangsung pada awal tahun ini dan seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil bagi memberi keterangan di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima suspek termasuk seorang pegawai polis berusia 32 hingga 53 tahun itu didakwa atas niat bersama melakukan pembunuhan terhadap seorang lelaki berusia 31 tahun di atas bukit dalam kawasan pelupusan sampah di Jalan Labu di sini.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 9 malam, 11 Februari hingga jam 6 pagi 12 Februari 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.