KHAZANAH Nasional Bhd menjelaskan ia tidak menjual sahamnya dalam CIMB Group Holdings Bhd seperti yang dilaporkan.
Dana harta negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, saham-saham tersebut dipindahkan menurut perjanjian pemberian pinjaman sekuriti yang dimeterainya masing-masing dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Credit Suisse Securities (Europe) Limited dan J.P. Morgan Securities PLC berkaitan dengan bon boleh tukar yang diterbitkan baru-baru ini.