Dua rempit ditahan, lakukan aksi bahaya

Iklan
re

BUTTERWORTH - Padah melakukan pelbagai aksi merbahaya, dua pemuda akhirnya ditahan polis dalam operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara semalam.

Operasi Khas Samseng Jalanan itu dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth bermula dari jam 7 malam dan berakhir kira-kira jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dua individu ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

re

"Kedua-dua individu itu bekerja di sebuah kilang, dan ditahan atas kesalahan melakukan aksi menunduk badan, zig zag, meniarap atas motosikal sekali gus berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

"Hasil saringan air kencing yang dijalankan mendapati dua individu ini terbabit negatif dadah," katanya.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan, polis turut berjaya menahan dua lelaki di Jalan Bagan Lalang.

Iklan

"Kedua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan lalu ditahan polis.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan, suspek positif dadah methaphatamine, morfin dan THC," katanya.

Jelasnya, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak.

"Saya menyeru ibu bapa atau penjaga awasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kegiatan tidak sihat atau maklumat mengenai jenayah bolehlah disalurkan kepada pihak trafik atau mana-mana balai yang berdekatan," katanya.