Reza Hasbi dah buat laporan polis

Iklan
Pelakon, Reza Hasbi

PELAKON, Reza Hasbi tampil membuat laporan polis selepas berlaku pergaduhan membabitkan seorang lelaki pengawal keselamatan dan dirinya di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Menurut perkongsian yang dimuat naik pelakon itu di Instagram miliknya, laporan polis telah dibuat di Daerah Balai Polis Sungai Buloh sekitar jam 3.55 pagi Selasa.

Iklan
Iklan

"Kejadian ini berlaku pada malam tadi, 15 Julai 2019. Saya harap apa yg berlaku ini boleh memberi pangajaran kepada kita semua.

"Laporan polis sudah saya buat disebabkan selepas rakaman terhenti berlaku pergaduhkan fizikal antara saya dengan dia kerana sering kali memprovakasi saya atau mencabar kesabaran saya,” tulis Reza di IG.

Iklan

Reza turut berkata, sebelum rakaman dibuat pengawal tersebut telah membaling objek ke arah kenderaan jenis Waja dan terkena pada bahagian belakang keretanya.

"Rakaman yang saya buat ini selepas dia membaling penghadang jalan di belakang kereta saya,” coretnya lagi.

Iklan

Pada rakaman video berkenaan, dapat didengar dan dilihat pengawal tersebut dalam keadaan tiba-tiba menjerit ke arah Reza seakan-akan hilang pertimbangan selepas Reza bertanyakan kenapa berbuat demikian.