Padah curi hasil laut

Iklan
PPM menahan dua nelayan warga Myanmar di perairan Laut Kuala Sekinchan semalam.

PELABUHAN KLANG - Kegiatan nelayan warga Myanmar yang aktif 'mencuri' hasil laut di perairan Laut Kuala Sekinchan mengundang padah apabila dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Pintasan, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, operasi kira-kira jam 7 pagi itu berjaya mengesan sebuah sampan tidak bernombor dalam keadaan mencurigakan dalam jarak 0.26 batu nautika dari Kuala Sekinchan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati dua lelaki warga Myanmar berusia 45 tahun sedang menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kedua-dua lelaki terbabit kemudian ditahan dan dibawa Jeti Perikanan Kuala Selangor untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, selain itu rampasan juga dibuat membabitkan 24 pasang pukat bubu naga, sampan serta kira-kira 30 kilogram ikan yang kesemua dianggar bernilai RM20,700.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek yang aktif sejak setahun lalu dipercayai diupah untuk mencari hasil laut sebelum menjualnya kepada peraih tempatan.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.