PADA perkongsian sebelum ini telah membincangkan mengenai bagaimana untuk membuat persiapan yang rapi menerusi lima persiapan sebelum melabur dalam unit amanah.
Setelah yakin bahawa unit amanah adalah pilihan terbaik dan mengenal pasti pelaburan berisiko yang berbeza-beza pastikan juga pelabur mampu bersabar untuk tempoh masa selama tiga ke 20 tahun bagi melihat pelaburan dibuat berkembang.
Apabila kesemua ini telah dikenal pasti, kini sudah masanya untuk mencari ejen-ejen unit amanah.
Pada kebiasaannya pelaburan unit amanah memerlukan pelabur membeli melalui ejen.
Justeru, pastikan tanya lima soalan ini kepada ejen berkenaan sebelum melakukan pelaburan untuk mendapatkan kepastian
1.Berapa caj yang terlibat?
Untuk pengetahun, terdapat beberapa caj yang terlibat dalam pelaburan unit amanah dan di antara caj-caj yang dikenakan ialah:
a) Caj jualan
b) Caj pengurusan
c) Caj penukaran dana
d) Caj pemegang amanah
Ada caj yang dikenakan sekali sahaja, ada yang dikenakan bagi setiap transaksi, ada juga caj yang dikenakan setahun sekali.
Apabila telah tahu caj-caj yang terlibat, maka bolehlah merancang sama ada untuk membuat pembelian dana sekali sahaja atau membuat pelaburan pada setiap bulan bagi memaksimumkan potensi keuntungan.
2. Adakah sesuai dengan toleransi risiko?
Memang tidak dinafikan bahawa tahap risiko unit amanah berbeza-beza mengikut dana. Justeru, pastikan ejen dilantik memberi nasihat pelaburan berkaitan dana yang sesuai dengan tahap toleransi risiko bakal pelabur.
Pastikan juga potensi pulangan bersesuaian dengan risiko yang perlu hadapi.
Ada juga dana yang sesuai apabila keadaan pasaran yang tidak menentu, ada juga dana yang sesuai apabila pasaran sedang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Ini kerana setiap dana adalah berbeza dengan dana yang lain.
Kalau perlu menukar dana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan terkini dan yang akan datang, maka cepat-cepatlah tukar kepada dana yang bersesuaian.
3. Bagaimana boleh untung dengan pelaburan?
Tanya juga bagaimana boleh buat keuntungan dengan dana unit amanah yang dilaburkan tadi.
Ada keuntungan yang diperoleh daripada pergerakan menaik harga dana, ada juga yang diperoleh dengan cara pemberian agihan pendapatan.
Lagi bagus jika ejen dapat memberikan sejarah pulangan bagi dana tersebut.
Walaupun, prestasi terdahulu tidak menjamin pulangan di masa hadapan, tetapi bakal pelabur akan berasa yakin jika pulangannya adalah konsisten daripada setahun ke setahun.
Tanya juga berapa lama yang diperlukan untuk mencairkan pegangan, iaitu berapa lama diperlukan untuk memperoleh wang hasil daripada jualan unit kita. Sekurang-kurangnya, boleh membuat persiapan sekiranya memerlukan duit dengan kadar segera.
4. Jika berubah fikiran, bolehkah dapat semula modal?
Tidak salah sekiranya tiba-tiba berubah fikiran dan mahu dapatkan kembali modal yang telah dilaburkan.
Kebanyakan unit amanah mempunyai tempoh bertenang atau cooling-off period, jadi tanya kepada ejen sama ada berhak untuk mendapatkan kembali modal sepenuhnya.
5. Bagaimanakah caranya untuk tahu prestasi semasa pelaburan?
Penting juga untuk sentiasa tahu perkembangan semasa prestasi dana unit amanah yang dilaburkan tersebut.
Apabila pasaran saham di Malaysia dan global menunjukkan tanda-tanda positif, tentunya mahu dana yang dilaburkan itu juga menunjukkan perkembangan positif.
Begitu juga sebaliknya jika pasaran sedang menurun, berapa banyak dana telah turun.
Ini membolehkan pelabur mempertimbangkan untuk menukar ke dana lain sekiranya perlu.
Kebanyakan dana unit amanah membenarkan pelabur menukar dana pada setiap beberapa bulan sekali, jadi ambil peluang untuk menukar dana sekiranya ia dirasakan sesuai.
Perlu ingat pelaburan unit amanah adalah untuk jangka masa sederhana panjang
Harus diingatkan lagi sekali bahawa pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa sederhana panjang.
Tempoh yang sesuai adalah untuk tempoh tiga ke 20 tahun. Ini disebabkan oleh kitaran ekonomi yang berlaku pada setiap 10 hingga12 tahun sekali.
Masih ingat Krisis Ekonomi Asia yang berlaku pada tahun 1998? Diikuti dengan Krisis Subprima di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 2008? ini ialah contoh berkaitan dengan kitaran ekonomi.
Manakala tempias daripada Perang Perdagangan Amerika Syarikat dan China yang bermula pada tahun 2018, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada ekonomi dunia.
Setiap 10 tahun, ekonomi menjadi perlahan dan pasaran saham global mengalami penurunan.
Maka, pelabur perlu bersabar sekiranya pulangan tahunan diterima tidak begitu memberangsangkan dalam masa terdekat ini.
Apa yang lebih penting adalah untuk melabur secara konsisten bagi tempoh jangka masa panjang kerana itulah pulangan yang sebenar yang bakal kita peroleh daripada pelaburan unit amanah.
Sesuai dengan pepatah,"sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.
*Tip pelaburan & penerangan berkaitan kewangan ini dikongsikan oleh PMB Investment Berhad.