Setuju pindaan dengan bersyarat

Iklan
Abdul Latiff Abdul Rahman

KUALA KRAI - Kelulusan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dipersetujui wakil rakyat pembangkang dengan bersyarat.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, ia perlu disekalikan dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

Iklan
Iklan

"Pemilihan secara automatik elemen paling penting kerana hampir empat juta pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih selain dua juta pengundi berumur 18 tahun.

"Ironinya, Pas telah lama mengiktiraf umur seawal baligh 13 tahun dalam usaha memartabat golongan muda untuk berganding dan memahami politik negara," katanya.

Iklan

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai itu berkata, selaras dengan itu juga sesuatu perlu dilakukan dalam usaha mendidik dan memberikan lebih kefahaman kepada golongan ini untuk membuat pilihan.

"Sebagai negara yang masih baharu menetapkan perkara ini, penekanan terhadap pendidikan haruslah menjadi keutamaan.

Iklan

"Mungkin pendedahan tentang kesedaran politik dibuat seawal tingkatan satu agar pada usia 28 tahun mereka matang dalam membuat keputusan," katanya.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diluluskan selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 dengan sokongan majoriti dua pertiga.