Isu Exco Perak tidak jejas keyakinan pelabur

Iklan
Mohammad Nizar (tengah) berbincang bersama penduduk serta agensi terlibat berkenaan masjid baharu di Kampung Seri Jaya, di sini hari ini.

BATU GAJAH - Kontroversi dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan kes rogol dan pecah amanah tidak memberi kesan negatif terhadap pelaburan di negeri ini, malah ia berjalan seperti dirancang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya masih menerima kunjungan daripada pelabur-pelabur yang berminat melabur di negeri ini, sekali gus membuktikan isu-isu terlibat tidak menjejaskan kepercayaan pelabur.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, program yang kita aturkan untuk pelaburan berjalan macam biasa dan setiap hari pasti menerima kunjungan pelabur," katanya kepada pemberita selepas hadir melawat projek pembinaan masjid baharu di Kampung Seri Jaya, di sini hari ini.

Menurut Mohammad Nizar, siasatan berhubung perkara tersebut masih berjalan dan ia tidak sesekali mengganggu urusan pentadbiran negeri.

Iklan

Mengulas sama ada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu melakukan rombakan barisan Exco atau sebaliknya, Mohammad Nizar menyerahkan perkara itu kepada Ahmad Faizul untuk menentukannya.

"Bagaimanapun, kebiasaannya menteri besar kena rujuk kepada seluruh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Perak kerana rombakan merupakan satu tindakan dasar," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mohammad Nizar memaklumkan, masjid baharu bernilai RM2.5 juta di Kampung Seri Jaya yang terbengkalai pembinaannya hampir dua tahun dijangka boleh digunakan penghujung Ogos ini.

Buat masa ini katanya, pembinaan tersebut sudah 90 peratus siap dan dijangka mampu menempatkan hampir 500 jemaah.