Inovasi berprestij bomba

Iklan
YUSOF bersama pegawai PUSPEK menunjukkan antara produk yang diterima untuk permohonan kelulusan sijil perakuan.

RAMAI melontarkan persepsi, tugas bomba hanya memadamkan api kebakaran semata-mata. Sebenarnya, skopnya melebihi daripada jangkauan dan lebih luas lagi.

Baru-baru ini, kru e-Trend diberi pendedahan eksklusif tentang teknologi yang dirintis oleh anggota-anggota bomba yang merangkap sebagai pencipta inovasi.

Iklan
Iklan

Kepada kami, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Yusof Sidek memberitahu tentang keupayaan pihaknya mereka cipta sendiri invensi yang memudahkan kerja-kerja menyelamat. Ilham itu rata-rata diperoleh berdasarkan kes-kes semasa yang dikendalikan.

Bukan satu, malah lebih 10 inovasi diketengahkan yang mana ada antaranya menerima pengiktirafan membanggakan di peringkat balai, kementerian dan antarabangsa.

Iklan

Tambah menarik, JBPM juga memiliki Kompleks Pusat Penyelidikan Kebombaan yang dilengkapi teknologi canggih.

Menerusi wawancara khas e-Trend sempena sambutan Hari Bomba Sedunia 2019 pada 20 Julai ini, e-Trend diberi peluang mendekati beberapa inovasi dan prototaip yang berjaya dihasilkan JPBM.

Iklan

Benar, ia sungguh luar biasa dan membanggakan.