Pemandu lori rentung

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori rentung selepas jentera berat dipandunya itu terbakar dalam satu kejadian di Jalan Mutiara Emas 5/17, Taman Mount Austin, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu berusia 22 tahun itu difahamkan sedang memindahkan minyak diesel daripada muatan lori dipandunya sebelum kebakaran tercetus.

Iklan
Iklan

Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Ahmad Murad Saat berkata, kebakaran turut melibatkan bahagian belakang sebuah kilang membuat makanan di jalan tersebut.

Katanya, seorang lelaki berusia 54 tahun yang juga pemilik kilang berkenaan turut mengalami kecederaan parah akibat melecur 95 peratus.

Iklan

"Mangsa ketika kejadian dipercayai sedang mengisi minyak diesel ke dalam peralatan yang berada dalam kilang ini.

"Ketika kejadian masih ada beberapa pekerja yang mana terus bertindak melarikan diri selepas melihat api yang marak,” katanya ketika ditemui pemberitan di lokasi kejadian, di sini, sebentar tadi.

Iklan

Ahmad Murad berkata, bomba kemudiannya mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran itu.

"Kita menerima bantuan daripada tiga balai bomba iaitu Johor Jaya, Johor Bahru dan Tebrau untuk mengawal kebakaran ini.

"Kita juga terpaksa menggunakan bahan jenis buih kering untuk mengawal kebakaran ini kerana ada minyak diesel,” katanya.

Beliau berkata, punca dan anggaran kerugian kini masih sedang disiasat selain menafikan terdapat unsur khianat mengenai kebakaran itu.