Set barang kemas Aishah pilih sendiri: Datuk Seri Vida

Iklan

"BARANG kemas dan berlian Aishah pilih sendiri,” ujar pengusaha kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, 49, kepada media berhubung hadiah pemberian kemenangan penyanyi itu pada Gegar Vaganza musim keempat, sebentar tadi.

Datuk Seri Vida berharap penyerahan lima barang kemas bernilai RM80,000 yang bakal diserahkan kepada penyanyi Janji Manis Mu selepas sidang media hari ini akan menjadi noktah kemelut yang telah berlarutan selama setahun.

Iklan
Iklan

"Saya telah memenuhi tuntutan Aishah, walaupun sebenarnya ianya bukan tuntutan tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang akan menggembirakan Aishah sebagai juara GV4.

"Cara terbaik saya berikan peluang untuk Aishah pilih sendiri barang kemas berlian di kedai Bangsar dan diharapkan kemelut yang melanda antara saya dan Aishah sepanjang ini perlu dileraikan.

Iklan

"Semoga Aishah dapat berpuas hati dan menggembirakan hatinya,” luahnya di samping dua peguam, Adnan Seman dan Zailan Mohamed yang mewakilinya pada sidang media penyerahan barang kemas dan berlian di Hotel One World, Petaling Jaya.

Aishah tidak hadir untuk majlis sidang media tersebut.

Iklan