Video intim: Tun M yakin wujud komplot jatuhkan Azmin

Iklan
Dr Mahathir. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin video intim yang didakwa mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pakatan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Dr Mahathir berkata, cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Azmin bercuti sementara sepanjang siasatan video intim ini berlangsung adalah bergantung kepada kesahihan video berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dia (Anwar) kata kalau betul, kalau betul ya lah (perlu bercuti). Tapi dia tak kata mesti sekarang ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, siri video intim tersebar itu bukanlah bersifat jenayah, sebaliknya lebih kepada permainan politik.

Iklan

"Saya nampak ini satu gerakan politik, bukan kerana jenayah.

"Jenayahnya ialah ada satu pakatan untuk menjatuhkan Azmin,” ujar Dr Mahathir.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan kredibiliti bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang terang-terang mengaku dirinya terlibat dalam video intim tersebut bersama Azmin.

"Jadi orang itu pula (Haziq) pi mengaku... dia pergi (mengaku). Itu kita hairanlah.

"Biasanya orang yang macam itu nak sembunyilah. Dia malulah, tapi ini (Haziq) tak malu,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mencadangkan Azmin untuk meletakkan jawatan sekiranya video intim yang didakwa miripnya dibuktikan benar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jalan terbaik, bercutilah Azmin...'