Tambah baik prasarana ICQS

Iklan
Mustafar (tiga, kiri) menyerahkan sumbangan kit makanan banjir kepada anggotanya semasa program taklimat urusan keluar masuk di ICQS Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Penambahbaikan kemudahan prasarana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) mampu mengurangkan kesesakan ketika kerja-kerja pengesahan pasport terutama pada waktu puncak.

Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu dibawa ke pengetahuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini perlu diperincikan dengan lebih mendalam kerana ia membabitkan perbelanjaan yang agak besar kerana melibatkan sturuktur bangunan di ICQS.

"Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, saya yakin dan percaya masalah kesesakan di ICQS dapat dikurangkan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat urusan keluar masuk di ICQS Rantau Panjang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Mustafar turut menyerahkan sumbangan kit makanan banjir kepada anggotanya.

Iklan