Neelofa umum tarik diri

Iklan
Neelofa

PENGACARA popular, Neelofa mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular edisi terbaharu dan edisi akan datang buat sementara waktu.

Neelofa, 30, menerusi kenyataan media memberitahu, keputusan tersebut diambil atas sebab kesibukan dalam perniagaan.

Iklan
Iklan

"Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni. Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.

"Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes," tulisnya.

Iklan
Neelofa

Bagaimanapun, pengacara program MeleTOP ini tidak menolak kemungkinan akan kembali menyertai pada tahun-tahun berikutnya apabila kembali menumpukan perhatian dalam bidang seni.

"Lofa bukan menarik diri sepenuhnya. Tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. InsyaALLAH, Jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.

Iklan

"Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Walaupun Lofa tidak lagi bertanding, Lofa masih memberikan sokongan," katanya.