Sepuluh laluan utama ditutup

Iklan
Gambar hiasan

KLANG - Sepuluh laluan utama di sekitar Bandar Klang akan ditutup bagi perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Laluan melibatkan Jalan Raja Hassan, Jalan Nenas, Jalan Taiping Jalan Melayu dan Jalan Nangka.

Iklan
Iklan

Lima laluan tersebut akan ditutup bermula jam 12 tengahari sehingga selesai perhimpunan.

Manakala 5 lagi jalan yang akan di tutup secara berperingkat bergantung kepada keadaan lalulintas bermula jam 3 petang melibatkan persimpangan susur Jalan Kota, Bulatan 100, Persiaran Sultan Ibrahim, Jalan Pos Baru dan Jalan Pasar.

Iklan

Contra Flow akan di buat di Jalan Batu 3 bagi membantu melancarkan aliran trafik dari Jambatan Musaeddin sekiranya penutupan penuh ke Jalan Pasar dilakukan pihak polis.

Penutupan jalan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis mengawal dan memantau perhimpunan supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku sekali gus mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Iklan