Taekwando kebangsaan: Murid MDI muncul peserta terbaik

Iklan
Haziq dinobatkan peserta terbaik selepas menang dua pingat iaitu emas bagi kategori 'sparring' dan perak bagi kategori 'patterns'.

MARANG - Murid dari Madrasah Darul Iman (MDI) di sini melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta taekwondo terbaik dalam kategori bawah 9 tahun peringkat kebangsaan.

Muhammad Haziq Mahadi, 9, menyertai Kejohanan 37th ISTAC 2019 & University Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) 2nd Open Nasional Taekwondo Championship 2019 pada 12 dan 13 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Benarlah kata orang, bukan mudah untuk berjaya.

Muhammad Haziq berlatih selama sebulan dan memberi sepenuh tumpuan kepada latihan bagi memastikan staminanya pada tahap yang baik.

Iklan

Hasilnya, Haziq berjaya menumbangkan lawan dari Pulau Pinang yang mana fizikalnya lebih tinggi dan besar daripada dirinya sebelum berjaya mara ke perlawanan akhir seterusnya memenangi pingat emas bagi kategori itu.

"Pertama kali saya menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan menang dua pingat iaitu emas bagi kategori 'sparring' dan perak bagi kategori 'patterns',” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Anak sulung daripada dua beradik itu turut menghadiahkan pencapaian terbesarnya itu kepada kedua ibu bapanya, Mahadi Ismail, 45, dan Suhana Rozali, 46, serta guru pembimbing taekwondonya di MDI, Eida Ali.

Terdahulu, MDI menghantar 22 peserta terdiri daripada ahli Kelab Taekwondo MDI untuk bertanding dalam kejohanan berkenaan dan Muhammad Haziq berjaya mencipta kejayaan seterusnya mengharumkan nama MDI.

Sementara itu, Timbalan Mudir Madrasah Darul Iman itu, Buniyamin Razimin juga amat berbangga dengan tahap pencapaian Muhammad Haziq yang dinobatkan sebagai peserta terbaik dalam kejohanan besar seperti itu.