PUTRAJAYA - Tugas dan tanggungjawab setiausaha politik seseorang menteri dalam melaksanakan tugas mereka perlu jelas, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini, Dr Mahathir berkata, mesyuarat itu bersetuju secara prinsip, jawatankuasa Kabinet membincangkan tugas dan tanggungjawab setiausaha politik supaya jelas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, adalah perlu tanggungjawab setiausaha politik sebagai perantaraan antara menteri dengan rakyat dalam kawasan, dikembalikan.
"Pada mulanya, setiausaha politik dicadangkan supaya menolong menteri untuk menghubungi rakyat dalam kawasan-kawasannya dan daripada kawasan lain.
"Tetapi kita dapati dalam kes yang berlaku pada kerajaan yang lepas, setiausaha politik terlibat dengan agihan kontrak dan ini bukan tugas setiausaha politik," katanya. - Bernama