Guna wang pinjam tunaikan haji

Iklan
Jika seseorang membuat pembiayaan halal yang bukan riba, mampu membayar hutang secara bulanan dan bertujuan semata-mata menunaikan haji, maka ia diharuskan. -GAMBAR HIASAN.

MENUNAIKAN haji memang menjadi impian setiap umat Islam.

Untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 itu, ia disyaratkan bagi mereka yang berkemampuan iaitu dari pelbagai aspek termasuklah kewangan.

Iklan
Iklan

Persoalannya, bolehkah kita menunaikan haji dengan wang yang dipinjam daripada orang lain dan apakah hukum haji kita?

Sebelum menjawab persoalan itu, perli difahami bahawa kefarduan haji menjadi wajib apabila cukup syarat-syaratnya iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka, berkemampuan dari sudut harta dan tubuh badan termasuk juga sampainya giliran untuk menunaikan haji.

Iklan

Selagi mana tidak cukup salah satu syarat di atas, maka tidak ada kewajipan untuk menunaikan haji.

Namun, ulama berbeza pandangan dan pendapat berkenaan membuat pinjaman untuk mengerjakan haji.

Iklan

Sheikh Dr yusuf al-Qaradawi menyatakan beberapa pandangan berkenaan masalah itu.

Jika seseorang membuat pembiayaan halal yang bukan riba, mampu membayar hutang secara bulanan dan tidak lain tidak bukan semata-mata menunaikan haji, maka ia diharuskan.

Namun, haruslah kita kembali kepada asal hukum tidak diwajibkan kerana syarat mampu menghalang kewajipannya mengerjakan haji.

Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis buku.