'Kalau Wan Ji inginkan pembelaan, dia kena lapor polis'

Iklan
Muhyiddin membuat tinjauan di kaunter Jabatan Imigresen Putrajaya di sini hari ini.

PUTRAJAYA - Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin diminta untuk membuat laporan polis jika memerlukan pembelaan berhubung dakwaan dirinya dirinya dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu perlu bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Saya ada baca dia tunjuk video dia kata tidak mahu lapor (kepada polis) disebabkan kesian dengan orang itu (warden penjara).

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Ji dakwa dipukul warden dalam Penjara Kajang

Iklan

"Tetapi kalau dia (Wan Ji) fikir ada kes tertentu dia hadapi dan dia mahu pembelaan, maka elok dia buat laporan polis.

"Kalau ada laporan, maka polis akan siasatlah sama ada kenyataan (Wan Ji dipukul warden penjara) itu berasas atau pun melanggar undang-undang," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Wan Ji bahawa dirinya dipukul warden ketika ditahan di penjara itu baru-baru ini.

Wan Ji dilaporkan membuat pendedahan bahawa dirinya dipukul warden penjara dalam rakaman video dipercayai ketika menyampaikan kuliah selepas dibebaskan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Wan Ji terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.