Siasatan MH17: Rusia sentiasa terbuka beri kerjasama

Iklan

KUALA LUMPUR - Rusia berkata pihaknya masih terbuka untuk memberikan kerjasama berhubung siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17, ketika dunia pada Rabu memperingati ulang tahun kelima tragedi menyayat hati itu.

Kedutaan Rusia di Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis turut menggesa diadakan dialog dan kerjasama dengan pihak yang menyiasat nahas berkenaan.

Iklan
Iklan

"Rusia percaya untuk mencari kebenaran hanyalah melalui dialog dan kerjasama.

"Kami percaya dengan menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi unsur politik, kita boleh mencari kebenaran dan mengenal pasti punca sebenar kemalangan," jelas kenyataan itu.

Iklan

Walaupun Rusia tidak dibenarkan turut serta dalam siasatan itu, pihaknya sejak awal telah bekerja dengan Belanda, Lembaga Keselamatan Belanda dan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) di samping berkongsi semua maklumat berkaitan.

Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine - kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia - pada 17 Julai 2014. Kesemua 298 penumpang, termasuk 15 anak kapal terbunuh.

Iklan

Penumpang terdiri dari Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Belgium, Jerman, New Zealand, Kanada dan Filipina.

Di Belanda pada 19 Jun tahun ini, siasatan antarabangsa diketuai Belanda mendapati terdapat empat suspek didakwa dalang di sebalik insiden - tiga warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Malayisa Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia tidak berpuas hati dengan laporan terbaharu itu dengan mengatakan"tiada bukti, hanya khabar angin." - Bernama