Bawa pulang Piala FA ‘hadiah’ kepada penyokong

Iklan
Baddrol (kanan) ketika mengiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) selepas sesi fotografi bersama pasukan.

PASUKAN Kedah tekad memberi persembahan terbaik pada perlawanan akhir Piala FA menentang Perak, di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan membawa pulang trofi kejuaraan sebagai hadiah kepada penyokong Hijau Kuning.

Kapten pasukan Lang Merah, Baddrol Bakhtiar berkata, setakat ini semua pemain berada pada tahap terbaik dan tumpuan diberikan sepenuhnya sepanjang latihan di bawah kelolaan jurulatih bagi

Iklan
Iklan

mengukuhkan keharmonian pasukan.

Menurutnya, pasukan kini mengharapkan keharmonian sesama pemain diberikan keutamaan selain mengekalkan momentum terbaik yang akan dibawa sebagai bekalan ke final, 27 Julai ini.

Iklan

"Kalau ada rezeki Kedah tahun ini, kami hadiahkan Piala FA kepada penyokong, ini janji kami,” katanya bersemangat ketika ditemui di Wisma Darul Aman.

Baddrol berkata, kebanyakan pemain utama juga tidak mengalami kecederaan yang disifatkan memberi nilai tambah kepada pasukan.

Iklan

"Dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman baru-baru ini, kita berjaya menewaskan Perak 4-2, namun kita tak harus berasa selesa. Kita tidak boleh memandang rendah situasi itu, mungkin Perak ada menyimpan sesuatu, jadi kami akan terus pandang ke hadapan dan fokus,” katanya.

Menurutnya, perlawanan menentang Felda United bagi saingan Liga Super ini juga penting kerana Kedah memerlukan tiga mata penuh untuk mengekalkan kedudukan di tangga ketiga.

"Kami harap sasaran Kedah untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik akan tercapai,” katanya.

Lang Merah akan berhadapan dengan Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, pada Ahad ini.