KDN laksana program hantar PATI pulang

Iklan
Muhyiddin mendengar penerangan daripada pegawai Imigresen mengenai perkhidmatan Jabatan Imigresen Putrajaya di sini hari ini.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan program pengampunan bagi membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) pulang ke negara asal secara sukarela.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program melibatkan pendatang asing yang melakukan kesalahan seperti tinggal lebih masa dan masuk secara haram ke negara ini.

Iklan
Iklan

Katanya lagi, program itu telah mendapat kelulusan dari Pejabat Peguam Negara dan akan mula dilaksanakan dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2019.

"Selepas sahaja tempoh ini tamat (31 Disember 2019) dan sebaik sahaja masuk tahun 2020 KDN melalui Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi secara besar-besaran.

Iklan

"Saya juga ingin ingatkan sekiranya lepas sahaja tempoh itu (31 Disember 2019) masih ada majikan yang melindungi dan mengambil pekerja asing, maka tindakan tegas akan dilakukan kerana melanggar undang-undang.

"Ini kerana, kerajaan tidak akan berkompromi dan sebagai bukti ketegasan untuk mengatasi kemasukan pendatang asing secara haram di negara ini," katanya pada sidang media Program PATI Pulang ke Negara Asal di Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai program itu, kata Muhyiddin lagi, bayaran kompaun sebanyak RM700 akan dikenakan bagi setiap warga asing yang menyertai program tersebut.

"Warga asing yang terlibat juga hendaklah membawa dokumen perjalanan yang sah (pasport dan sijil perjalanan kecemasan) serta tiket untuk pulang ke negara asal dalam tempoh tujuh hari.

"Buat pengetahuan juga, program ini akan dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen di Semenanjung sahaja tanpa penglibatan pihak ketiga (vendor atau ejen), di mana sebanyak 80 kaunter di sediakan di seluruh negara.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua warga asing supaya mengambil kesempatan ini untuk balik ke negara asal atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika masih berdegil," katanya.