Warga emas rogol anak tiri hingga hamil

Iklan
Gambar kecil: Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas bernafsu binatang apabila tergamak merogol anak tirinya sehingga disahkan hamil lima minggu di Besut.

Perbuatan jijik bapa berusia 74 tahun itu ke atas anak tirinya berusia 20 tahun terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, siasatan awal mangsa mendakwa suspek menyelinap masuk ke dalam biliknya secara sembunyi ketika dia sedang tidur sebelum merogolnya, Mac lalu.

Katanya, suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali. Mangsa kemudian tinggal di rumah saudaranya di Selangor selepas kejadian itu.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa hanya mengetahui dirinya hamil selepas membuat ujian kehamilan sebelum dibawa ke hospital oleh ibu saudaranya.

"Susulan laporan dibuat, suspek ditahan di rumahnya di Besut kira-kira jam 1.30 pagi pada hari yang sama laporan dibuat," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.