Muhyiddin doa PKR kembali damai

Iklan
Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Pergolakan dalaman PKR antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diharap dapat diselesaikan dengan segera.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berharap konflik antara pemimpin tertinggi itu dapat menemui penyelesaian secara baik.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu menasihati kerana mereka berdua adalah kawan dan saudara saya dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya tak tahu nak kata apa. Hanya berdoa sahaja agar hubungan mereka kembali damai," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengakui ketegangan dalam PKR merencatkan perjalanan pentadbiran kerajaan.

"Sudah tentu isu ini tidak baik untuk kita semua. Saya rasa semua orang tahu tentang perkara itu.

Iklan

"Kesan negatif ini bukan hanya kepada PH tetapi juga kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.