Alhamdulillah syukur, kata Azmin

Iklan
Ciapan Mohamed Azmin di laman mikro Twitternya hari ini.

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa syukur menerusi ciapan di Twitternya malam ini.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ucapan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkaitan laporan analisis pakar ke atas video intim yang dikaitkan dengan dirinya.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah syukur,” ciap Mohamed Azmin di laman mikro Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Kos penghasilan video intim cecah ratusan ribu ringgit: KPN

Kebarangkalian ketulenan video intim adalah tinggi: KPN

Pada sebelah petang tadi, Abdul Hamid mengesahkan kebarangkalian video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip menteri itu tulen adalah tinggi.

Iklan

Bagaimanapun katanya, hasil analisis video tidak dapat mengesahkan pelaku itu adalah menteri yang dikaitkan.

"Polis telah menerima hasil analisis daripada pihak CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) ke atas video yang dimaksudkan.

"Kebarangkalian video tersebut tulen (authentic) adalah tinggi dan hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan,” katanya.

Pada sebelah pagi pula, seramai 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen PKR mendesak Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan serta perpaduan parti dalam isu video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka sebulat suara akan bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di samping meminta Anwar mengukuhkan perpaduan anggota demi keutuhan parti, Pakatan Harapan (PH) dan negara.