PUTRAJAYA - Urusan pendaftaran pemilih dan permohonan tukar bahagian pilihan raya bagi pemilih yang telah menukar alamat bermastautin dalam kad pengenalan masing-masing kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan hanya menyertakan gambar pemohon berswafoto dengan MyKad.
Apa yang perlu dilakukan ialah pemohon hanya perlu ke laman sesawang mysprdaftar.spr.gov.my dan mengisi semua butir-butir pengenalan diri termasuk nombor telefon bimbit serta alamat e-mel yang sah, dan kemudiannya pemohon perlu memuatnaik dua keping gambar iaitu gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.