SYDNEY - Instagram mula menyembunyikan butang"like” di platformnya di Australia, Brazil dan beberapa lagi pasaran utama semalam, susulan menerima kritikan atas sebab kesihatan mental.
Percubaan laman media sosial milik Facebook itu bermakna pengguna di enam buah negara tidak lagi akan melihat bilangan 'like' pada setiap hantaran.