AGENSI Tenaga Antarabangsa (IEA) melancarkan gajet baharu dalam talian bagi mengesan sumber minyak dan gas berkaitan metana dan gas rumah hijau yang sering diabaikan, baru-baru ini.
Alat yang digelar 'pengesan metana' itu membantu memberikan gambaran menyeluruh mengenai pelepasan gas metana, yang meliputi lapan kawasan industri di lebih 70 negara.
Menurut satu kenyataan, alat unik itu memberikan anggaran kepada IEA mengenai pelepasan gas metana semasa dan minyak terkini, lakaran data terbaik dan mengurangkan penggunaan teknologi sedia ada.
Kajian menunjukkan pelepasan gas metana global yang dikesan daripada sektor minyak dan gas dapat dikurangkan hampir separuh tanpa kos.
Pengarah Eksekutif IEA, Dr Fatih Birol menjelaskan, sektor minyak dan gas boleh mencapai matlamat terbuka yang ada di hadapan mereka.
"Mereka boleh mengelakkan pengeluaran gas metana hampir 50 peratus tanpa memberi kesan kepada garisan bawahan.
"Usaha ini penting demi memastikan manfaat jangka masa panjang berbanding inisiatif mengurangkan pelepasan asap kenderaan seluruh duniam,” katanya yang dipetik dalam ESI Africa.
Unjuran IEA menunjukkan minyak dan gas alam memainkan peranan penting dalam sistem tenaga untuk masa akan datang dan usaha meminimumkan pelepasan metana bakal menjadi pelengkap kepada pengurangan karbon dioksida hasil kecekapan teknologi tenaga hijau.