BUENOS AIRES - Tindakan seorang anggota polis di Argentina memberhentikan kereta perondanya untuk tidur seketika di bahu jalan mengundang padah, apabila seorang tahanan yang ada bersamanya bertindak melarikan diri.
Tahanan tersebut, Franco Antonio, 18, sepatutnya dihantar ke penjara awal minggu ini selepas dibicarakan di sebuah mahkamah di Banfield.
Iklan
Iklan
Remaja terbabit diberkas pada hujung minggu lalu kerana terlibat dalam kes rompakan bersenjata di Buenos Aires.
Insiden tersebut sempat dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV).
Bagaimanapun, penyiasat yang meneliti insiden berkenaan mempersoalkan cara tahanan terbabit melarikan diri.
Penyiasat turut mengesyaki pegawai polis yang tidak dinamakan itu mungkin bersubahat dengan tahanan terbabit kerana senarionya kelihatan pelik. - Agensi
Artikel Berkaitan