Zuraida diminta suarakan pandangan dalam 'retreat' PKR

Iklan
Saifuddin Nasution ketika menunjukkan makanan yang disumbangkan untuk program Food Bank Malaysian di pasar tani Putrajaya di sini hari ini.

PUTRAJAYA - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin diminta untuk menjadikan sesi pemukiman yang akan diadakan di Port Dickson bermula malam ini sebagai platfom untuk menyuarakan pandangan atau permasalahan dalaman parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu lebih baik berbanding membuat kenyataan di media setiap hari berhubung kemelut parti ketika ini.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan itu bukan sahaja merugikan parti malah tidak meredakan keadaan atau konflik yang sedang melanda parti itu.

"Malam ini kita akan mula retreat (sesi pemukiman) di Port Dickson. Zuraida adalah adalah pemimpin kanan parti dan beliau juga adalah peserta.

Iklan

"Jadi, suka saya mencadangkan agar beliau (Zuraida) dapat bersama dalam retreat tiga hari serta sampaikan sendiri apa yang dikatakan masalah yang melanda parti," katanya pada sidang media sebaik selesai majlis pelancaran Program Food Bank Malaysia @ Pasar Tani Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan-kenyataan di keluarkan Zuraida yang juga menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung kemelut yang sedang melanda PKR ketika ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution turut menasihatkan Zuraida agar memanfaatkan sepenuhnya platfom sesi pemukiman yang akan diadakan malam ini.

"Adalah lebih molek dan lebih cantik apa-apa pandangan tentang permasalahan parti diluah pada sesi pemukiman," katanya.