Harimau dibawa 'bersiar-siar' terlepas

Iklan
Harimau itu terlepas ketika ia dibawa 'bersiar-siar' sekitar bandar Ivanovo.

MOSCOW - Rakaman video memaparkan harimau spesies Bengal terlepas di jalan raya menjadi tular di media sosial di Rusia.

Haiwan tersebut bagaimanapun tidak menyerang mana-mana pengguna lalu lintas di Ivanovo.

Iklan
Iklan

Akhbar The Moscow Times melaporkan harimau itu dibawa kakitangan sarkas berpusat di Ufa yang sedang melakukan siri penjelajahan di bandar tersebut.

"Mereka mahu membawa haiwan itu yang diambil dari sarkas lain 'bersiar-siar' sekitar Ivanovo untuk mengambil gambar. Susulan insiden itu, pihak pengurusan telah mengeluarkan amaran tegas. Harimau itu tidak lagi akan keluar ke bandar," kata jurucakap sarkas.

Iklan

Sementara itu, polis Ivanovo memaklumkan mereka sedang menyiasat video tersebut.

Baru-baru ini, Rusia memperkenalkan larangan memiliki buaya, beruang, harimau, monyet, ular tedung dan kala jengking serta haiwan pemangsa lain dan berbisa sebagai haiwan peliharaan, namun ia hanya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. - Agensi

Iklan