Heliza ingin mati syahid seperti Razan al-Najjar

Iklan
Instagram Heliza

"RAZAN, saya ingin menjadi seperti kamu, Insya-ALLAH, Aamiin," tulis Penyanyi dan aktivis kemanusian, Heliza Helmi di Instagram (IG) miliknya.

Heliza memuat naik posting tersebut beberapa hari lalu semasa misi kemanusiaan di Gaza #wakeupforGaza.

Iklan
Iklan

Kongsi Heliza, Razan al-Najjar, 21 adalah seorang paramedik yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS).

Katanya, dia bekerja hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.

Iklan

"Saya akan merasa sangat malu kalau saya tidak ada untuk (membantu) warga Palestin. Sudah menjadi tugas dan kewajiban saya untuk ada di sini dan membantu mereka yang terluka," kata Razan dalam wawancaranya dengan Al Jazeera pada bulan April 2018.

Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan dekat Khan Younis, Gaza, 17 Ramadan, 2018.

Iklan

Ketika itu, dia sedang berusaha menolong korban yang terluka. Dengan mengenakan baju putih, seragam paramedik.

"Dia mengangkat tangannya tinggi-tinggi dengan sangat jelas, tapi tentara Israel menembak (dikatakan seorang wanita) dan dia ditembak di dada," kata seorang saksi.

Selain itu, saksi lain pula bercerita bahawa Razan awalnya tak sedar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus beberapa detik kemudian baru dia tersedar dan terjatuh ke tanah.

Dalam perkongsian itu juga, Heliza turut memakai pakaian keselamatan yang pernah dipakai Razan.

"Antara kata - kata Razan Al Najjar sangat memberi kesan ialah 'Dengan penuh maruah, akan aku terus memberi bantuan sehinggalah pada hari hari terakhir ku'

"Masya-ALLAH Razan... Kata-katamu menjadi doa, sungguh hari terakhirmu ialah saat dirimu memberi kan bantuan kepada mangsa cedera," tulisnya.

Sementara itu, perkongsian itu telah memberikan motivasi kepada para pengikutnya dan ingin menjadi seperti juga dan turut mendoakan keselamatan dia di sana.

"Saya juga dan mahu menjadi seperti Kak Ja (Heliza). Semoga Kak Ja dan Wani (Hazwani) berada dalam jagaan ALLAH selalu, semoga di permudahkan semuanya, Aamiin," tulisnya.

"Jaga diri Ija sayangku," tulis lufyalaana.

Ketika ini, Heliza dan adiknya Hazwani serta anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dalam perjalanan pulang ke tanah air setelah terkandas berjam-jam ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir malam tadi.

Kumpulan misi kemanusiaan ini dijangka tiba sekitar jam 10.10 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Sebelum ini Heliza, Hazwani, dan juga suami selebriti Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan kakitangan Mapim dan pengamal media menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaza bagi membantu rakyat Palestin pada 8 Julai lalu.

ARTKEL BERKAITAN: Mama, abah sudah wakafkan The Helmis untuk ummah: Heliza