Peserta protes Hong Kong mohon suaka di Taiwan

Iklan
Kumpulan penunjuk perasaan menyerbu masuk dewan utama Legco di Hong Kong pada awal bulan lalu.

TAIPEI - Puluhan penunjuk perasaan yang terlibat dalam protes ganas dan luar biasa di Majlis Legislatif (Legco) di Hong Kong pada awal bulan lalu tiba di Taiwan untuk mendapatkan suaka.

Akhbar Apple Daily melaporkan kira-kira 30 peserta protes lain juga merancang untuk mengambil tindakan sama dan mereka telah menghubungi Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan untuk meminta bantuan.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri majlis itu, Chiu Chui-cheng dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan mereka belum menerima sebarang permohonan suaka rasmi daripada Agensi Imigrasi Kebangsaan Taiwan.

Sementara itu, Presiden Tsai Ing-wen memberitahu pentadbiran beliau akan mempertimbangkan tuntutan suaka itu.

Iklan
Iklan

Permohonan suaka tersebut dikhuatiri berdepan dengan risiko geopolitik dan akan meningkatkan lagi ketegangan antara Taiwan dan China.- Agensi