Ambulans langgar MPV

Iklan
Sebuah ambulans yang membawa pesakit kanser kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Merah, Sungai Rambai di Lebuh Alor Gajah-Melaka Jasin dekat sini pagi tadi.

JASIN - Tujuh orang cedera termasuk dua pesakit kanser selepas ambulans dalam perjalanan dari arah Jasin ke Hospital Muar kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di persimpangan lampu isyarat Taman Merah, Sungai Rambai di Lebuh Alor Gajah-Melaka Jasin (AMJ) dekat sini pagi tadi.

Ambulans dipercayai dalam perjalanan dari Hospital Jasin, Melaka untuk membawa pesakit berkenaan ke Hospital Muar, Johor.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, ketika tiba di lokasi kejadian, ambulans itu tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan MPV menyebabkan tujuh individu dalam kenderaan perubatan itu mengalami kecederaan.

Menurutnya mereka yang berada dalam ambulans mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan manakala tiga individu yang menaiki Toyota Wish tidak mengalami kecederaan.

Iklan

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan setelah menerima maklumat mengenai insiden itu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 Dzulkarnain Abd. Halim dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau bersama lima anggota.

"Kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan berjaya diselesaikan lebih kurang jam 12.10 tengah hari tadi," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Akibat kemalangan itu, kesemua penumpang termasuk dua orang pesakit kanser dan seorang pemandu ambulans cedera dibeberapa bahagian anggota badan manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ambulans tersebut tidak memasang lampu siren sebelum berlaku kemalangan dengan sebuah kenderaan lain yang dipandu seorang pelajar berusia 22 tahun.

"Mereka yang tercedera termasuk ada yang patah bahu dan tangan namun telah pun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan siastan masih diteruskan," katanya.