SHAH ALAM - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak agar 'berhenti sejenak', tatkala pergeseran beliau dengan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum menunjukkan tanda reda.
Menerusi balasan ciapannya kepada aktivis Cynthia Gabriel, Anwar juga turut mengingatkan semua agar tidak melupakan perkara yang penting.
Iklan
Iklan
"Mari berhenti sejenak (let's take a step back) dan tidak lupa isu-isu yang penting," kata Anwar.
Gabriel yang merupakan pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) sebelum itu mengingatkan PKR agar tidak tersasar daripada perjuangan mereka.
"Hello PKR... Anda tidak boleh kecewakan kami rakyat Malaysia yang masih teguh yakin dengan agenda pelbagai kaum demi masa depan negara.
"Anda satu-satunya parti yang mendukung perkara ini... Bangun sebelum terlambat," katanya.
Pergeseran Anwar dan Azmin ketika ini nampaknya masih berlanjutan apabila kedua-dua pihak saling 'mengata' dan masing-masing tidak mahu mengalah.