VIVO Malaysia mengadakan kerjasama dengan PUBG MObile Malaysia untuk mengadakan kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC 2018) akhir tahun ini yang akan diadakan di Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.
PMNC 2018 merupakan kejohanan pertama untuk mencapai lima penyertaan dalam menyokong Malaysia menjadi pusat e-Sukan di Asia.
Dengan tema 'Squad Up, Vivo dan PMNC mempromosikan slogan 'One Squad, One Goal' yang menjemput semua pemain PUBG Mobile untuk membentuk skuad dan menjadi juara kejohanan, selain mewakili Malaysia.
Selepas empat hari pendaftaran dibuka di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/, terdapat 150 pasukan yang telah berdaftar, terdiri dari lebih 600 peserta
"Dalam menganjurkan acara sebegini, Vivo berharap dapat menanam semangat kerja berpasukan dan bersinergi bersama dengan vivo untuk memupuk kerjsama dalam teknologi antarabangsa dan fesyen," Kata CEO Vivo Malaysia, Mike Xu.
Butiran pusingan kelayakan dan pusingan akhir adalah seperti berikut:
Pemenang akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi juara dalam pertandingan akhir yang akan berlangsung pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Sementara itu, lokasi untuk kelayakan Johor berpindah ke Paradigm Mall Johor Bahru, Aras 2 disebabkan oleh masalah yang tidak boleh dielakkan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2018 dan Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.
#vivoMalaysia #vivoMY #vivoV11 #vivoXPUBG#PUBGMalaysiaNationalChampionship