Enam anggota polis ditahan SPRM

Iklan

KUALA LUMPUR - Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah melibatkan pendatang tanpa izin.

Pemangku Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

Iklan
Iklan

"Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes itu.- Bernama

Iklan
Iklan