Sultan Johor lancar buku memoir Kembara Mahkota Johor

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan melancarkan buku Kembara Mahkota Johor 2001 - 2018 di Pontian hari ini.

PONTIAN - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan pelancaran 'Coffee Table Book' Kembara Mahkota Johor 2001-2018 di Dataran Majlis Daerah Pontian di sini hari ini.

Buku setebal lebih 100 muka surat itu memuatkan memori penganjuran Kembara Mahkota Johor sejak tahun 2001 hingga 2018.

Iklan
Iklan

Selain itu, buku tersebut juga turut mempamerkan adat budaya, permainan, makanan, kraftangan serta pakaian tradisi kaum di Johor.

'Coffee Table Book' berharga RM150 itu mula dijual kepada orang ramai bermula hari ini dan boleh didapati di semua destinasi persinggahan Kembara Mahkota Johor 2019.

Iklan

Turut berangkat hadir dan menyaksikan pelancaran buku tersebut adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berserta keluarga Diraja Johor dan rombongan kembara.

Di Dataran Majlis Daerah Pontian, baginda singgah bersarapan di sebuah kopitiam berdekatan, sebelum beredar ke Pusat Perdagangan Pontian bagi menyaksikan Cub Prix 2019 dan pandu uji litar.

Iklan

Sementara itu, Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi khemah pameran dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf manakala paduka anakanda pula ke khemah aktiviti e-sport.

Selepas meluangkan masa lebih satu jam di Dataran Majlis Daerah Pontian, rombongan Kembara Mahkota Johor meneruskan perjalanan ke Pusat Latihan Rekreasi Markisa, Kampung Sungai Nibong, dekat Semerah, Batu Pahat.