Lelaki ditemui mati tergantung

Iklan
Mangsa yang ditemui mati tergantung di sebuah kedai peralatan mesin di Sungai Daun Dalam Yan di sini hari ini. Gambar kecil:Shahnaz Akhtar Haji

YAN - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah kedai peralatan mesin di Sungai Daun Dalam Yan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan lelaki berusia 27 tahun berkenaan pada jam 9 pagi hari ini.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati lokasi berkenaan merupakan tempat kerja mangsa sebagai jurujual.

"Makluman awal dari tuan kedai yang juga bapa saudara mangsa mengatakan bahawa mangsa mengalami masalah bebanan hutang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan