KOTA BHARU - Seorang wanita cantik yang menggemparkan orang awam kerana mengamuk dan berbogel di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, di sini, dua minggu lalu, mendakwa dirinya dirasuk.
Dalam kejadian jam 3.50 petang 16 Disember lalu itu, suspek yang berusia 31 tahun turut memegang sebilah pisau dan mengamuk hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja hotel wanita berusia 24 tahun, seorang wanita warga emas berusia 77 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, wanita yang berasal dari Wakaf Bharu bagaimanapun mendakwa dirinya dirasuk dan terus mengamuk hingga ke lobi hotel serta menanggalkan seluruh pakaian di kawasan luar kawasan parkir hotel berkenaan.
"Siasatan awal suspek tidak mengaku dia bertindak sedemikian, sebaliknya menyatakan dirinya dirasuk.
"Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau melalui semakan yang dibuat dan ujian saringan air kencing terhadapnya juga didapati negatif dari sebarang jenis dadah,” katanya kepada pemberita, hari ini.