PENGACARA popular, Che Puan Sarimah Ibrahim telah selamat bersalin seorang cahaya mata perempuan yang comel semalam.
Sarimah berkongsi berita gembira tersebut di laman instagramnya @sarimahibrahim.
"Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Ini masanya untuk memperkenalkan puteri yang kami sayangi.
"YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Namanya membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Dia dilahirkan pagi ini pada 19.7.19," katanya.
Tambah Sarimah, nama yang dipilih amat memberi makna kepada mereka.
"Kami memilih nama cantik dan indah yang kami suka dan memilih nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengahnya," tulisnya lagi.
Sarimah turut berkongsi foto pertama puterinya yang sungguh comel itu.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.